Siri Kedua
Saya anak lelaki berusia 16 tahun. Anak ketiga daripada lima orang adik-beradik. Apa yang saya rasakan sekarang adalah rasa tidak puas hati terhadap ibu dan bapa saya. Saya tak benci mereka tapi ada rasa terkilan sedikit. Sejak kecil saya rasa sering diketepikan. Kebetulan, saya ini agak hodoh berbanding adik-beradik lain dan lemah dalam pelajaran. Kadang kecil hati bila ayah selalu suruh saya ikut macam adik-beradik lain. Memang dia tak paksa tapi saya rasa macam diejek-ejek diri sendiri. Saya sebenarnya anak yang baik, tidak pernah bantah apa ibu bapa cakap tapi mereka tetap nak manjakan saya macam adik-beradik yang lain. Tapi akhir-akhir ni saya sering fikir masa depan saya. Saya rasakan macam ibu bapa tak adil dengan saya. Prejudis dengan saya. Saya tau cara saya salah tetapi orang lain tak ada di tempat saya. Untuk lepas geram, saya selalu dengki adik-adik saya. Walaupun saya tak ok belajar tapi dalam sukan saya memang terror. Kalau main bola kat padang saya suka sepak kaki adik saya tetapi paling bengang sekali bila balik ibu marah tapi yang penting saya puas. Adik je tempat saya boleh lepas geram. Abang dan kaka duduk asrama lagipun tak kan nak melawan mereka kan…
tak baik buat mcam tu.. siapa nama dia ni?? drpd protes camtu baik trus trang je ngan mak ayah.. xpsal2 adik lak jd mangsa. nti gaduh ngan adik jd hal lain.
ReplyDeleteHai semua... aritu siir 1 saya dh comment tp tengok cerita kali ni, rasa nak komen lg... huhuhu.. biasa la kalau ada rasa tak puas hati tu tapi bagi saya la kan.. sebagai anak kita kena hormat tau dengan mak ayah kita.. lagipun kalau umur muda dah ada rasa dendam macam ni, nanti bila dah dewasa x mustahil jadi teruk... harap yang tuan punya x marah ar... nama pun kena bagi komen n cadangan kan... huhuhu
ReplyDeleteUntuk saya de masalah ni,,, saya bagi kamu lagu ni.. hayati la... n lepas tu buang la jauh2 rasa x puas hati tu..ok
chaw..
Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan
Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan
Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu
saya rasa tindakan tu tak betul.mungkin perasaan anda saja.ibu bapa mana yang tak sayang anak.tak baik kita melawan ckp mak ayah kita.diorg susah payah melahirkan dan membesarkan kita.kita kena menghargai dan bals jasa orang tua kita.
ReplyDeletesaya setuju dengan anymus. kita kene tanya pada diri, apakha sumbangan kita untuk ibu bapa. bukan hanya persoalkan apa ibu bapa akan bagi pada kita. masih ada maa untuk betulkan keadaan. yang penting jangan meletakkna ego sebagai perkara yang perlu dipertahankan. kita hanya ada seorang ibu dan seorang bapa. selagi mereka masih ada hargailah peluang yang diberikan untuk bersama mereka. kalau sudah tiada, walaupun orang lain mempunyai nama yang sama dengan ibu atau bapa kita, tapi mereka tidak boleh menggantikan tempat ibu bapa.
ReplyDeleteslagi de mak ayah hargai mereka.. mcm sy ni dah xde, xde tmat nak dpt kasih syg..
ReplyDeletesy pun e pngelaman camni.. mmg sush nak ckp..klu org x rsa mgkin mcam2 org leh ckp..tp sy yg rsa mmg perit.. rsa mcam dipinggirkn.
ReplyDelete