SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG BERFIKIR KREATIF BERTINDAK AKTIF

Bimbingan dan kaunseling merupakan suatu alternatif untuk membantu, membimbing dan memberi panduan kepada individu untuk memperkembangkan potensi diri ke arah yang lebih baik. Mungkin ada antara anda semua yang mempunyai pengalaman menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Walaupun mungkin ada yang tidak pernah menerima perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tetapi tentunya anda mempunyai idea dan pandangan sendiri berkaitan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Oleh itu, laman blog ini memberi ruang kepada anda untuk memberi respons, pandangan dan cadangan supaya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik bersesuaian dengan keperluan masa kini.

Corak dan gaya kehidupan remaja pada masa dahulu berbeza dengan corak dan gaya kehidupan remaja pada masa kini berdasarkan perubahan dan peredaran zaman. Perkembangan dan penggunanaan teknologi menjadikan permasalahan pelajar pada masa kini berbeza dengan permasalahan pelajar mada masa dahulu. Keadaan ini menjadikan bimbingan dan kaunseling sebagai satu keperluan yang penting untuk membimbing dan membantu golongan remaha terutama pelajar supaya mereka dapat mengenal dan menggunakan potensi diri ke arah yang positif.

Sejajar dengan itu, setiap sekolah telah menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk para pelajar. Kini, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bukan hanya disediakan di sekolah menengah sahaja malahan sekolah rendah juga telah mula menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kepada para pelajar. Pada dasarnya, tugas membimbing dan membantu para pelajar menjadi tanggungjawab guru bimbingan dan kaunseling namun sebenarnya guru-guru lain juga boleh memainkan peranan untuk sama-sama membantu dan membimbing para pelajar. Oleh itu, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan masyarakt amat perlu supaya bimbingan dan kausneling dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Tuesday, March 24, 2009


Salam sejahtera kepada semua. Moga anda semua ceria dan sihat hari ini. Anda rasa adakah anda semua bijak dalam membuat keputusan atau keputusan anda semua berada di tangan orang lain? Satu kesilapan besar jika terus memberikan kuasa membuat keputusan tentang diri sendiri kepada orang lain kerana kita sepatutnya berkuasa kepada diri kita supaya kita dapat tentukan apa yang kita ingin jadi. Orang lain mungkin boleh beri kita cadangan ataupun berkongsi dengan kita bagaimana kita ingin jadi, seperti apa yang kita inginkan. Untuk anda menguji keupayaan anda membuat keputusan, apa kita sama-sama bantu kawan kita ini untuk membuat keputusan dengan apa yang sedang mereka lalui. Memangla apa yang mereka alami bukan masalah kita tapi paling tidak pun sebenarnya kita tentu dapat aktifkan pemikiran kita dan seterusnya cuba untuk menjana idea supaya dapat hasilkan suatu keputusan yang baik. Mana tahu apa yang kawan kita alami ini mungkin akan terjadi pada kita juga suatu hari nanti..

Apa Seterusnya.....

Siri Satu


Amir merupakan seorang pelajar yang telah dipilih untuk menjadi ketua pengawas. Amir memang merupakan pelajar yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik. Kawan-kawan Amir terdiri daripada pelajar dengan pelbagai personaliti. Dalam kata lain komunikasi interpersonal amir dengan rakan-rakan memang baik. Amir sama sekali tidak memilih untuk berkawan kerana prinsip dirinya ‘Berkawan untuk memperoleh kebaikan’. Walau bagaimanapun, Amir sedikit terganggu kerana sebagai ketua pengawas dia agak sukar untuk menegur kesilapan rakan-rakan. Amir takut jika dia dianggap sebagai pelajar dan ketua pengawas yang hipokrit. Amir mudah kalah apabila rakan-rakan rapat minta supaya denda bagi kesalahan yang mereka lakukan dikurangkan. Bagi pendapat anda adakah tindakan Amir itu bersesuaian dengan ciri kepimpinan sebagai pengawas? Bagaimana cara yang patut Amir lakukan supaya dia dapat berlaku adil kepada semua pelajar di sekolahnya?


6 comments:

  1. Bagi saya.. kalau apa yang sepatutnya Amir buat adalah kena ada sifat tegas. Tak kira dengan sesiapa pun. Sebagai seorang ketua pengawas Amir kena tegas. Lebih-lebih lagi melibatkan soal disiplin dan denda. Kalau Amir biarkan saja rakan-rakan minta denda mereka dikurangkan, takut nanti mereka naik lemak pula. Lama-lama pijak kepala. Dah tak takut kena denda. Amir kena la pandai bercakap dengan kawan-kawan. Bila masa di luar mereka adalah kawan dan rakan. Tetapi bila dalam hal disiplin di sekolah dia adalah seorang ketua pengawas. Mungkin agak susah bagi Amir kalau dia sememangnya ada personaliti macam tu. Tapi dia kena berlatih amalkan sikap tegas diri.. itu pendapat saya..

    ReplyDelete
  2. Amir.. ni cadangan saya. Saya rasa Amir kena bijak untuk letakkan diri dalam keadaan. Memang la.. kat luar semua kawan-kawan tapi bila dalam sekolah lebih-lebih lagi jadi ketua pengawas, kena la berubah sikit. Ketua pengawas ada peranan & tanggung jawab besar. Kalau pun Amir memang asalnya dah ada ciri kepimpinan, so kena la berlaku adil pada semua pelajar. Sebab apa tau, tak ada siapa pun boleh terlepas daripada peraturan sekolah. Yang penting Amir kena tegas dengan kawan-kawan. Paling baik & senang kalau Amir terus terang dengan kawan-kawan yang nakal tu. Lagipun, mana tau kawan-kawan tu pun boleh ikut berubah sekali. Kan elok tu. Sebarkan kebaikan pada diri sendiri kepada kawan-kawan yang lain. Lagipun dalam pilih kawan kita kena pilih mana satu yang boleh datangkan kebaikan. Pendapat saya ni mungkin tak berapa sesuai @ maybe ada kawan-kawan kat luar sana tak setuju tapi paling pentig jadi ketua pengawas kena tegas selalu supaya kawan-kawan lain hormat pada kita.

    ReplyDelete
  3. klu sy jadi amir.. saya xpeduli dgn kawan2 tu.. sbb kalau biarkan dia orang nnti diorg naik lemak. lama-lama diorang pijak kepala. lepas tu, dorg dah tak takut nak wat salah. sebb diorg tau klu diorg wat salah pun diorg xkena apa2 tindakan disiplin. sbb dorang rasa ketua pengawas tu kawan dorang je.. tu sy rasa la..

    ReplyDelete
  4. amir.. jadi ektua kena adil selalu walaupun kat kawan2 baik.. huhuhu, kalau x nak adil x payah jadi ketua nanti orang lain menyampah, yang salah tetap salah n mesti la sama kena denda jugak... cahaiyok!!!

    ReplyDelete
  5. amir... klau x nak adil jgn jadi ketua nanti orang menyampah... yag salah tetap salah n mesti la kena denda..

    ReplyDelete
  6. huhuhu.. kesian amir.. jgn marah amir.. amir tak bersalah, yg besalah tu.. mereka dan keluarga mereka. pe pun sy pun setuju jugak.. Amir@CIKO... kena tegas ngan kawan2 tu. jgn peduli diorang. hukum ttp hukum.

    ReplyDelete